Hey hey! hop in guys. Follow me on Blogger and Twitter ,add me on Facebook and I'll hit you back! serious! xoxo, Nemo. :))

Sunday, May 20, 2012

Reasons To Stay Single (Part II)

Hey again peeps! Hari tu dah buat part I kan? Hari ni aku aku sambung part II pulak. Kalau korang belum tengok part I, meh tekan sini ------->*episode yang lepas*

21. Tak payah deal/tahan dengan bad/annoying habits orang lain.

22. Obsession yang kau perlu overcome hanyalah obsession kau jek. Tak pun stay jek. Aku <3 Anime!

23. Kau boleh cakap sorang2 tanpa ada orang lain cakap "apa??" atau mempersoalkan kewarasan otak kau.

24. Kau kena tahan/deal kawan kawan annoying adalah kawan kawan kau sendiri jek.

25. Kau tak payah persoalkan diri kau sampai kepala pecah sama ada kau betul betul cinta separuh mati dengan bf/gf kau.

26. Hanya ada satu cara untuk selesaikan perkara-perkara dalam kehidupan seharian kau - cara kau sendiri.

27. Kalau sesuatu perbalahan terjadik, kau boleh blah jek... forever.

28. Kau tak payah cari alasan untuk diri kau sendiri.

29. Disaster yang kau kena betulkan hanyalah disaster yang kau buat sendiri.

30. Takda siapa yang akan menyelongkar tempat simpanan rahsia gula-gula/chocolate kau.

31. Tukang habiskan duit kau adalah diri kau sendiri.

32. Kau kena bayar hutang kau sorang jek.

33. Less pressure about body weight.

34. Lebih senang nak fokus pada karier dan dreams kau. Dan yang penting family kau.

35. Kau yang buat keputusan sama ada nak tambah duit ke tidak. Buat OT ke tak.

36. Mood swing? Kau punya jelah.

37. Lebih kurang masa handset tu melekat kat telinga kau. Radiation kurang, baik untuk kesihatan. Kan kan?

38. Tiada bebelan tidak bermakna yang tiada perhentiannya.

39. Kau boleh makan kat mana-mana, seberapa kali banyak kau nak, dan seberapa banyak kuantiti yang kau boleh handle.

40. Kalau handset berbunyi, kau tak payah jawab time tu jugak.

41. Lagi lama kau tunggu, lagi kau tahu/paham diri kau sendiri, instead of someone else.

42. Relationship yang tak bagus macam luka kena pisau, sentiasa rosakkan hari kau.

43. Kau boleh sepelik mana yang kau nak/boleh.

45. Kau tetapkan sendiri berapa lama kau nak ambik masa untuk bersiap pergi mana-mana.

46. Katakan goodbye pada sakit hati, dumping and being dumped.

47. Hujung minggu kau boleh guna untuk projek kau dengan kawan-kawan kau.

48. Kau boleh jadik kawan yang famous dengan cerita-cerita hangat terkini.

49. Handset boleh letak sepah-sepah.

50. Being single and staying single isn't selfish. It should be seen as putting your happiness first (dimana ia berhak dan sepatutnya berada).

Okay, aku dah habis post. Aku post camni bukan bermakna aku sokong being single forever. Just where its necessary. Kalau kecik-kecik dah couple kan, tak perlu kot. Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Manusia tak boleh menduga. Lagipun, berkahwin kan sunnah Nabi. Okay, bye for now peeps. Ja~

Saturday, April 21, 2012

Reasons To Stay Single (Part I)

Assalamualaikum. Wah, rajin pulak bulan ni aku post dua entry. Macam AJAIB! wahahaha. Maybe berkat bulan April kot. Well, who knows kan? :) Kali ini aku nak post pasal sebab untuk stay single. Entry kali ni panjang sikit, so aku aku pecah pecahkan. Aku memang banyak entry pasal stay single kan? aku tau tu. *boleh kata aku pro single lah kan?* XD

Okay, aku start sekarang. Reason To Stay Single:-

1. Semua barang kau, adalah barang kau semata mata dan tiada selainnya. Tiada perkongsian tak rasmi.

2. Kau tak payah susah nak sorok sorok hadiah kat tempat tempat yang mengarut contohnya atas siling, dalam kasut atau dalam toilet. *macam patrick sorok donat spongebob* *aku masih tengok spongebob squarepants. ada masalah? cerita tu universal okay.*

3. Kalau beli benda yang "yummy", beli untuk diri sendiri jek. tak payah beli dua kali ganda banyak. Jimat. *aku orang yang jimat, bukan kedekut. harap maklum.*

4. Kau dress up lawa lawa pun untuk pergi kerja sebab nak impress bos. *mana tau bos berkenan buat jadik bini.* XD

5. Lewat malam kau punya. Tak payah nak bersengkang mata semata mata nak buat super saver punya pasal. Kau boleh main game tak pun tweet sampai pukul 3 pagi. takde siapa kacau.

6. Hanya doktor yang boleh bagitau kau apa kau boleh makan, apa yang kau tak boleh makan. Lantak kau lah nak mencekik apa. Siapa nak marah kau? :D

7. Tiada sebab nak sambut Valentine's Day, tiada dosa tambahan! <---- sebut cara tagline salesman.

8. Takde tarikh anniversary berjela jela nak ingat.

9. Takde tarikh birthday extra kau kena ingat. *aku sendiri kadang kadang lupa tarikh semasa apa, lagi nak ingat tarikh birthday banyak banyak. kapasiti otak aku tak mampu.*

10. Takde bakal mak mertua/makcik kepoh/saudara mara yang menakutkan yang sentiasa tanya bila nak kahwin, bila nak kahwin. Ayat common biasa dengar: "calon dah ada, bila lagi nak kahwinya?"

11. Kau tak payah berkongsi kalau kau tak rela. *kecuali family lah. aku tak kejam woii.*

12. Kau tak payah ubah hidup kau hanya sebab ada orang ada jealousy issues. dalam kes ni gf/bf kau lah.

13. Kau punya masalah sendiri jek kau kena risau, selesaikan sendiri. Masalah orang lain, err, tak campur.neutral ~_~

14. Kalau kau kena kerja out-of-state, aku tak payah risau nak tinggalkan gf/bf jauh jauh. takut rindu. jangan risau, takkan terjadi.

15. Orang yang menyelongkar barang barang kau adalah kau sendiri. Not somebody nosy with trust issues.

16. Orang yang bukak account e-mail, facebook, twitter, myspace, friendster dan lain lain adalah kau sendiri. Kau jek yang tau password kau sorang. *yelah, nama pun PASSWORD kan*

17. More time to spend with your family and friends. :)

18. If you're single, you're free to mingle! Kau nak usha sesiapa pun boleh. *dengan cara beretika*

19. Isu budget nak kahwin? Tiada masalah. Tidak terjadi.

20. Kalau tengok wayang, kau boleh suka hati nak tengok cerita apa. Takde suara sumbang yang memprotes. :D

So macam mana? Logik tak? Mungkin ada yang tak agree dengan aku. Well, different people, different opinion kan. Aku stop 20 dulu. Part II nanti aku sambung lagi. Ja~

Monday, April 16, 2012

Aku dan Interview UiTM

Hello earthlings! :D Dah lama tak update blog. yeah, I know. tak senonoh lah kau, Nemo. Aku update pun sebab ada request. *SERIOUSLY memang ada orang request! credit to: Afiqah Izyani Ahmad Adnan a.k.a Fifiq* Okay, yang lepas biarkan lepas okay. tapi selama aku tak update ini banyak benda, major things in life jadi. One of them is I got the offer to go on an interview. Aku apply course tesl kat UiTM. Tak sangka dapat pulak. Aku pun jyeahh! lah kan.

Surat tawaran temuduga beb. Kau tengoklah. Fakulti PENDIDIKAN kot. XD

Ha, dah tengok surat tawaran aku kan. Meh sini aku cerita macam mana temu duga nya. Aku terus fast forward hari ni lah ye. So aku bertolak dari rumah pukul 11.30 pagi. Terer tak terer ayah aku bawak kareta sampai JB pukul 12.30. Kau kira sendiri lah accelaration kereta berapa. Selamat mencuba. Okay berhenti mengarut. Lapar sampai sana. Tapi tak makan. Carik nama aku kat list naik turun tangga tak jumpa. Aku dah macam lantaklah. Aku balik lagi bagus. Tak pun singgah JPO ke cuci mata. Then mak aku pegi pejabat. Orang tu kata common mistake kalau nama takde dalam list. Kena tunggu dia panggil untuk ujian bertulis Tesl. Aku dah "aww man!" baru nak pegi JPO. (=..=)

Okay, kesabaran dan masa depan punya pasal, aku tunggu dengan penuh kesabaran. Disebabkan aku takde geng yang ambik tesl jugak, kawan aku masa tunggu nak ujian bertulis tu adalah tiang. *okay, forever alone.* Nasib depan aku ada tercongok sorang mamat hensem. *hensem ke? lantaklah, aku dah penat. semua nampak hensem.* Okay, lupakan cerita mamat hensem Nemo. *gatai betul mung ni.* Kau bayangkan sejam lebih tunggu. dengan tahap darjah celcius yang tinggi tanpa kehadiran angin sepai-sepai bahasa. Boleh mati kering aku kat situ. Tanpa aku duga ada sorang budak datang tegur aku. Mula-mula aku tak cam muka dia, dia yang cam muka aku. *apa punya kawan lah kau ni* At last, aku ada geng. *Bye bye tiang* :*

Aku terus skip part ujian bertulis. Ada dua jenis. Objective dengan essay. Objective dia bagi karangan panjang-panjang pastu dia tanya soalan. Similar soalan SPM lah. Essay dia suruh buat pendek je. 250 patah perkataan. Aku dapat soalan "benefits of social networks". Tengok soalan macam terkedu. Aku bukan tak tau buat cuma aku dah lama tak buat essay. Mana tak terkedu woii. Aku buat tiga isi jek. Lantaklah jahh oii. Dari aku tak buat. (=..=) Masa bagi satu jam jek. Aku siap awal sangat kot sampai rasa nak tidur. Bukan terer tapi terror. Mati lah aku.

One hour's up and going to the interview room to meet the panel. Aku kena panel 2. Eh, seronok kena giliran 15. Sekali lagi, aku mati kering. *kau kira lah aku mati kering dah berapa kali dah* Nasib tak kena panel 1. lagi terus jadik debu kot kalau kena. Slow macam line maxis home Meera. <----- credit to Nur Ameerah Che Ahmad Tantowi. Sementara tunggu nama kena panggil, aku call mak aku, *btw, dia tunggu kat bawah. aku interview kat tingkat 3* kau tau dia buat apa? dia makan ice cream. sampai hati~ aku mati kering kat atas. ToT takpe takpe Nemo. Demi masa depan. Fuhh, cool down. Yang aku pelik satu, aku tak nervous. Mungkin penyakit takde perasaan aku dah masuk stage tinggi kot. Sampai masuk bilik panel, aku masih tak rasa nak tercabut jantung. Kenapa??

Dalam bilik panel, aku rasa macam dalam drama pulak. Terbayang scene Marshall interview kerja dalam How I Met Your Mother. Btw, dia ada tanya favorite tv show aku, aku jawab How I Met Your Mother. What?? Kipas-susah-mati lah nak katakan. Dia tanya latar belakang keluarga aku, aku jawab nama aku, parents aku kerja apa, aku sekolah kat mana. Aku mati akal. Takkan nak cerita sedar mara pulak kan. Lagi dia tanya current issues and kau suka buat apa kalau ada masa lapang. Aku jawap baca buku. Tang, nah ambik kau dia tanya apa buku latest kau baca. Takkan aku nak cakap online manga pulak. Aku cakap lah The Last Song by Nicholas Spark. The catch, aku baca buku tu tahun lepas. Hua hua hua.

Then aku save best two questions for last, kakak panel *aku panggil kakak panel cos she's so damn admirable. oh yeah, and she's young* tanya soalan cepukmas pertama : Why do you want to become a teacher? - aku jawap : Because teaching gave me a sort of satisfaction that I've contribute something to the future of society. Trang tang tang. Ayat spontan aku yang aku sendiri tak percaya. *tepuk tangan laju laju* Soalan cepukmas kedua: Why do you love English? Aku jawap: Because I want to teach people, Malays especially not to afraid English just because it isn't our language. Trang tang tang kentang. Ayat spontan kedua yang memang aku sendiri tak percaya *sekali lagi, tepuk tangan laju laju* Note: Semua ayat jawapan aku adalah SUPER SPONTAN. terima kasih.

Interview tu macam kejap je aku rasa.Tak tau lah perasaan aku ke hape. Tapi serious sekejap. Habis interview aku pun berlari pulang bagai kanak kanak berlari pulang ke rumah dengan gembira. Demikianlah pengalaman saya ketika ditemuduga. Saya berharap saya dapat interview tu supaya saya dapat jumpa lagi kakak panel hensem tadi. <---- ayat karangan darjah 3. Gila panjang post aku. Paling panjang setakat ni. Terima kasih. Bila aku rajin aku update lagi. Out peeps. Assalamualaikum. :)



Thursday, February 9, 2012

Tagline Single Yang Masuk Akal

Salam buat insan2 yang baca post ni. Aku respect dengan korang yang bukan sahaja membace post ni malah bukak blog ni. trimas banyak2.

Hari ni aku nak cerita pasal kelebihan hidup kalau kau single. Ni post untuk orang single, well sebab aku tak couple punye orang lah kan. kalau kau couple kau carik post lain. :)

Ada banyak sebenarnye kelebihan dan kekurangan bersingle daripada bercouple. Dalam pemerhatian dan pengalaman aku sendiri pun, aku lebih rela stay single. memang lah orang cakap forever alone (==), kadang2 jealous dengan orang yang bercouple segale dan perasaan nak ade orang sayang kite. tapi aku tak kisah. Alone aku bukan forever (aku boring aku call orang lain ajak hangout, ape susah), jealous aku diatasi dengan rasionaliti aku dan family dan kawan2 aku ade untuk sayang aku. problem fixed!



so, long story short, aku list kan kenape aku rase single tu lagi seronok daripade couple dalam bentuk Tagline <-- baru catchy :

1.  TAGLINE #1 (FAVOURITE) - SINGLE ITU MENJIMATKAN. - okay, kau terima jelah kenyataan kan, single tu memang menentukan ape yang korang makan mase hujung bulan nanti. sama ada nasik lauk best, atau megi jual kat kedai runcit depan rumah. 

2. TAGLINE #2 - SINGLE ITU BEBAS. - kalau kau single, kaum boleh lepak dengan kawan2 kau, usha mamat hensem (dengan kaedah tertentu) tanpa terikat dengan sebarang perasaan bersalah yang menghantui diri.

3. TAGLINE #3 - SINGLE ITU STABIL. - kau single dan stabil dari segi emosi. pernah dengar ke orang bunuh diri sebab die forever alone? memang ade, tapi sikit sangat dibandingkan dengan orang yang mati bunuh diri sebab putus cinte lah, cemburu lah, macam2.

4. TAGLINE #4 - SINGLE MENGELAKKAN PERTAMBAHAN DOSA. - aku taknak lah sentuh bab dosa pahala segala tapi kalau kau belajar kat sekolah matapelajaran pendidikan Islam, kau tau lah ape maknenya kan. kalau kau tak ingat kau tanye adik2 darjah 2,3,4 hukum nye, tapi jangan melenting bila dah tau. :)

5. TAGLINE #5 - SINGLE MENURUNKAN KADAR KEMATIAN. - bace surat khabar hari tu, "lelaki dibunuh kerana merampas tunang orang lain". kalau kau stay single takde lah orang nak bunuh kau sebab ambik tunang die. kadar jenayah membunuh pun kurang. orang buat post mortem pun kurang kerja. negara pun maju. <----- patriotik punye orang.

6. TAGLINE #6 - SINGLE ITU SENANG. - kau tak payah jage perasaan bf/gf kau jek memanjang. yang penting kau happy. kalau kau happy, dunia kau pun happy. who are others to ruin it?

7. TAGLINE #7 - SINGLE ITU KURANG MEMBEBANKAN. - kau takde tanggungjawab selain kepada agama, keluarga dan negara tercinta. tu wajib tu. sikit jek nak jage. kalau kau lelaki mesti kena protect gf kau kan, dah bertambah jadik empat benda <---- tu pun kalau gf die tak banyak songeh. kalau kau single tiga benda jek kena jaga. empat dengan tiga mane lagi kecik?

8. TAGLINE #8 - SINGLE ITU AWESOME. - bace semua tagline atas, dan itu adalah summary bagi tagline #8 ni.  bagi aku, single tu bermaksud kaye, suka hati kau nak buat ape, tak gila, tak buat dosa kering,  kebarangkalian masuk jail kurang, kau happy, kau ade sikit benda jek nak jage dalam hidup. kan ke awesome tu?

walau ape pun, setiap orang tetap nak pasangan dalam hidup kan. tu aku pun tak nafikan. tu memang hukum alam. tapi, bagi aku, kalau belum sampai masenye nak couple misalnye kau belajar darjah 6 dah ade bf/gf maknenye macam terlalu awal lah kan. bagi aku lah, jangan terase pulak, aku tak mengate kau lah. sebab selalunye mesti berakhir dengan "you get yourself hurt in the end". kan tak best tu. kau couple lagi lambat lagi bagus sebab bile kau dah start couple kau dah faham realiti hidup yang sebenar. kau dah pandai jaga diri sendiri.



okay, aku stop dulu post ni dan meneruskan hidup yang single dan awesome ni. :) semoga anda terhibur dengan paparan yang kami sajikan. sehingga berjumpa lagi pada masa akan datang. salam. peace, out.

Sunday, February 5, 2012

"Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2012"



bukan ape, aku dah lame tak join bende alah camni. nak join tekan jek link. ok toodles. :)