Hey hey! hop in guys. Follow me on Blogger and Twitter ,add me on Facebook and I'll hit you back! serious! xoxo, Nemo. :))

Sunday, May 20, 2012

Reasons To Stay Single (Part II)

Hey again peeps! Hari tu dah buat part I kan? Hari ni aku aku sambung part II pulak. Kalau korang belum tengok part I, meh tekan sini ------->*episode yang lepas*

21. Tak payah deal/tahan dengan bad/annoying habits orang lain.

22. Obsession yang kau perlu overcome hanyalah obsession kau jek. Tak pun stay jek. Aku <3 Anime!

23. Kau boleh cakap sorang2 tanpa ada orang lain cakap "apa??" atau mempersoalkan kewarasan otak kau.

24. Kau kena tahan/deal kawan kawan annoying adalah kawan kawan kau sendiri jek.

25. Kau tak payah persoalkan diri kau sampai kepala pecah sama ada kau betul betul cinta separuh mati dengan bf/gf kau.

26. Hanya ada satu cara untuk selesaikan perkara-perkara dalam kehidupan seharian kau - cara kau sendiri.

27. Kalau sesuatu perbalahan terjadik, kau boleh blah jek... forever.

28. Kau tak payah cari alasan untuk diri kau sendiri.

29. Disaster yang kau kena betulkan hanyalah disaster yang kau buat sendiri.

30. Takda siapa yang akan menyelongkar tempat simpanan rahsia gula-gula/chocolate kau.

31. Tukang habiskan duit kau adalah diri kau sendiri.

32. Kau kena bayar hutang kau sorang jek.

33. Less pressure about body weight.

34. Lebih senang nak fokus pada karier dan dreams kau. Dan yang penting family kau.

35. Kau yang buat keputusan sama ada nak tambah duit ke tidak. Buat OT ke tak.

36. Mood swing? Kau punya jelah.

37. Lebih kurang masa handset tu melekat kat telinga kau. Radiation kurang, baik untuk kesihatan. Kan kan?

38. Tiada bebelan tidak bermakna yang tiada perhentiannya.

39. Kau boleh makan kat mana-mana, seberapa kali banyak kau nak, dan seberapa banyak kuantiti yang kau boleh handle.

40. Kalau handset berbunyi, kau tak payah jawab time tu jugak.

41. Lagi lama kau tunggu, lagi kau tahu/paham diri kau sendiri, instead of someone else.

42. Relationship yang tak bagus macam luka kena pisau, sentiasa rosakkan hari kau.

43. Kau boleh sepelik mana yang kau nak/boleh.

45. Kau tetapkan sendiri berapa lama kau nak ambik masa untuk bersiap pergi mana-mana.

46. Katakan goodbye pada sakit hati, dumping and being dumped.

47. Hujung minggu kau boleh guna untuk projek kau dengan kawan-kawan kau.

48. Kau boleh jadik kawan yang famous dengan cerita-cerita hangat terkini.

49. Handset boleh letak sepah-sepah.

50. Being single and staying single isn't selfish. It should be seen as putting your happiness first (dimana ia berhak dan sepatutnya berada).

Okay, aku dah habis post. Aku post camni bukan bermakna aku sokong being single forever. Just where its necessary. Kalau kecik-kecik dah couple kan, tak perlu kot. Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Manusia tak boleh menduga. Lagipun, berkahwin kan sunnah Nabi. Okay, bye for now peeps. Ja~

Saturday, April 21, 2012

Reasons To Stay Single (Part I)

Assalamualaikum. Wah, rajin pulak bulan ni aku post dua entry. Macam AJAIB! wahahaha. Maybe berkat bulan April kot. Well, who knows kan? :) Kali ini aku nak post pasal sebab untuk stay single. Entry kali ni panjang sikit, so aku aku pecah pecahkan. Aku memang banyak entry pasal stay single kan? aku tau tu. *boleh kata aku pro single lah kan?* XD

Okay, aku start sekarang. Reason To Stay Single:-

1. Semua barang kau, adalah barang kau semata mata dan tiada selainnya. Tiada perkongsian tak rasmi.

2. Kau tak payah susah nak sorok sorok hadiah kat tempat tempat yang mengarut contohnya atas siling, dalam kasut atau dalam toilet. *macam patrick sorok donat spongebob* *aku masih tengok spongebob squarepants. ada masalah? cerita tu universal okay.*

3. Kalau beli benda yang "yummy", beli untuk diri sendiri jek. tak payah beli dua kali ganda banyak. Jimat. *aku orang yang jimat, bukan kedekut. harap maklum.*

4. Kau dress up lawa lawa pun untuk pergi kerja sebab nak impress bos. *mana tau bos berkenan buat jadik bini.* XD

5. Lewat malam kau punya. Tak payah nak bersengkang mata semata mata nak buat super saver punya pasal. Kau boleh main game tak pun tweet sampai pukul 3 pagi. takde siapa kacau.

6. Hanya doktor yang boleh bagitau kau apa kau boleh makan, apa yang kau tak boleh makan. Lantak kau lah nak mencekik apa. Siapa nak marah kau? :D

7. Tiada sebab nak sambut Valentine's Day, tiada dosa tambahan! <---- sebut cara tagline salesman.

8. Takde tarikh anniversary berjela jela nak ingat.

9. Takde tarikh birthday extra kau kena ingat. *aku sendiri kadang kadang lupa tarikh semasa apa, lagi nak ingat tarikh birthday banyak banyak. kapasiti otak aku tak mampu.*

10. Takde bakal mak mertua/makcik kepoh/saudara mara yang menakutkan yang sentiasa tanya bila nak kahwin, bila nak kahwin. Ayat common biasa dengar: "calon dah ada, bila lagi nak kahwinya?"

11. Kau tak payah berkongsi kalau kau tak rela. *kecuali family lah. aku tak kejam woii.*

12. Kau tak payah ubah hidup kau hanya sebab ada orang ada jealousy issues. dalam kes ni gf/bf kau lah.

13. Kau punya masalah sendiri jek kau kena risau, selesaikan sendiri. Masalah orang lain, err, tak campur.neutral ~_~

14. Kalau kau kena kerja out-of-state, aku tak payah risau nak tinggalkan gf/bf jauh jauh. takut rindu. jangan risau, takkan terjadi.

15. Orang yang menyelongkar barang barang kau adalah kau sendiri. Not somebody nosy with trust issues.

16. Orang yang bukak account e-mail, facebook, twitter, myspace, friendster dan lain lain adalah kau sendiri. Kau jek yang tau password kau sorang. *yelah, nama pun PASSWORD kan*

17. More time to spend with your family and friends. :)

18. If you're single, you're free to mingle! Kau nak usha sesiapa pun boleh. *dengan cara beretika*

19. Isu budget nak kahwin? Tiada masalah. Tidak terjadi.

20. Kalau tengok wayang, kau boleh suka hati nak tengok cerita apa. Takde suara sumbang yang memprotes. :D

So macam mana? Logik tak? Mungkin ada yang tak agree dengan aku. Well, different people, different opinion kan. Aku stop 20 dulu. Part II nanti aku sambung lagi. Ja~

Monday, April 16, 2012

Aku dan Interview UiTM

Hello earthlings! :D Dah lama tak update blog. yeah, I know. tak senonoh lah kau, Nemo. Aku update pun sebab ada request. *SERIOUSLY memang ada orang request! credit to: Afiqah Izyani Ahmad Adnan a.k.a Fifiq* Okay, yang lepas biarkan lepas okay. tapi selama aku tak update ini banyak benda, major things in life jadi. One of them is I got the offer to go on an interview. Aku apply course tesl kat UiTM. Tak sangka dapat pulak. Aku pun jyeahh! lah kan.

Surat tawaran temuduga beb. Kau tengoklah. Fakulti PENDIDIKAN kot. XD

Ha, dah tengok surat tawaran aku kan. Meh sini aku cerita macam mana temu duga nya. Aku terus fast forward hari ni lah ye. So aku bertolak dari rumah pukul 11.30 pagi. Terer tak terer ayah aku bawak kareta sampai JB pukul 12.30. Kau kira sendiri lah accelaration kereta berapa. Selamat mencuba. Okay berhenti mengarut. Lapar sampai sana. Tapi tak makan. Carik nama aku kat list naik turun tangga tak jumpa. Aku dah macam lantaklah. Aku balik lagi bagus. Tak pun singgah JPO ke cuci mata. Then mak aku pegi pejabat. Orang tu kata common mistake kalau nama takde dalam list. Kena tunggu dia panggil untuk ujian bertulis Tesl. Aku dah "aww man!" baru nak pegi JPO. (=..=)

Okay, kesabaran dan masa depan punya pasal, aku tunggu dengan penuh kesabaran. Disebabkan aku takde geng yang ambik tesl jugak, kawan aku masa tunggu nak ujian bertulis tu adalah tiang. *okay, forever alone.* Nasib depan aku ada tercongok sorang mamat hensem. *hensem ke? lantaklah, aku dah penat. semua nampak hensem.* Okay, lupakan cerita mamat hensem Nemo. *gatai betul mung ni.* Kau bayangkan sejam lebih tunggu. dengan tahap darjah celcius yang tinggi tanpa kehadiran angin sepai-sepai bahasa. Boleh mati kering aku kat situ. Tanpa aku duga ada sorang budak datang tegur aku. Mula-mula aku tak cam muka dia, dia yang cam muka aku. *apa punya kawan lah kau ni* At last, aku ada geng. *Bye bye tiang* :*

Aku terus skip part ujian bertulis. Ada dua jenis. Objective dengan essay. Objective dia bagi karangan panjang-panjang pastu dia tanya soalan. Similar soalan SPM lah. Essay dia suruh buat pendek je. 250 patah perkataan. Aku dapat soalan "benefits of social networks". Tengok soalan macam terkedu. Aku bukan tak tau buat cuma aku dah lama tak buat essay. Mana tak terkedu woii. Aku buat tiga isi jek. Lantaklah jahh oii. Dari aku tak buat. (=..=) Masa bagi satu jam jek. Aku siap awal sangat kot sampai rasa nak tidur. Bukan terer tapi terror. Mati lah aku.

One hour's up and going to the interview room to meet the panel. Aku kena panel 2. Eh, seronok kena giliran 15. Sekali lagi, aku mati kering. *kau kira lah aku mati kering dah berapa kali dah* Nasib tak kena panel 1. lagi terus jadik debu kot kalau kena. Slow macam line maxis home Meera. <----- credit to Nur Ameerah Che Ahmad Tantowi. Sementara tunggu nama kena panggil, aku call mak aku, *btw, dia tunggu kat bawah. aku interview kat tingkat 3* kau tau dia buat apa? dia makan ice cream. sampai hati~ aku mati kering kat atas. ToT takpe takpe Nemo. Demi masa depan. Fuhh, cool down. Yang aku pelik satu, aku tak nervous. Mungkin penyakit takde perasaan aku dah masuk stage tinggi kot. Sampai masuk bilik panel, aku masih tak rasa nak tercabut jantung. Kenapa??

Dalam bilik panel, aku rasa macam dalam drama pulak. Terbayang scene Marshall interview kerja dalam How I Met Your Mother. Btw, dia ada tanya favorite tv show aku, aku jawab How I Met Your Mother. What?? Kipas-susah-mati lah nak katakan. Dia tanya latar belakang keluarga aku, aku jawab nama aku, parents aku kerja apa, aku sekolah kat mana. Aku mati akal. Takkan nak cerita sedar mara pulak kan. Lagi dia tanya current issues and kau suka buat apa kalau ada masa lapang. Aku jawap baca buku. Tang, nah ambik kau dia tanya apa buku latest kau baca. Takkan aku nak cakap online manga pulak. Aku cakap lah The Last Song by Nicholas Spark. The catch, aku baca buku tu tahun lepas. Hua hua hua.

Then aku save best two questions for last, kakak panel *aku panggil kakak panel cos she's so damn admirable. oh yeah, and she's young* tanya soalan cepukmas pertama : Why do you want to become a teacher? - aku jawap : Because teaching gave me a sort of satisfaction that I've contribute something to the future of society. Trang tang tang. Ayat spontan aku yang aku sendiri tak percaya. *tepuk tangan laju laju* Soalan cepukmas kedua: Why do you love English? Aku jawap: Because I want to teach people, Malays especially not to afraid English just because it isn't our language. Trang tang tang kentang. Ayat spontan kedua yang memang aku sendiri tak percaya *sekali lagi, tepuk tangan laju laju* Note: Semua ayat jawapan aku adalah SUPER SPONTAN. terima kasih.

Interview tu macam kejap je aku rasa.Tak tau lah perasaan aku ke hape. Tapi serious sekejap. Habis interview aku pun berlari pulang bagai kanak kanak berlari pulang ke rumah dengan gembira. Demikianlah pengalaman saya ketika ditemuduga. Saya berharap saya dapat interview tu supaya saya dapat jumpa lagi kakak panel hensem tadi. <---- ayat karangan darjah 3. Gila panjang post aku. Paling panjang setakat ni. Terima kasih. Bila aku rajin aku update lagi. Out peeps. Assalamualaikum. :)



Thursday, February 9, 2012

Tagline Single Yang Masuk Akal

Salam buat insan2 yang baca post ni. Aku respect dengan korang yang bukan sahaja membace post ni malah bukak blog ni. trimas banyak2.

Hari ni aku nak cerita pasal kelebihan hidup kalau kau single. Ni post untuk orang single, well sebab aku tak couple punye orang lah kan. kalau kau couple kau carik post lain. :)

Ada banyak sebenarnye kelebihan dan kekurangan bersingle daripada bercouple. Dalam pemerhatian dan pengalaman aku sendiri pun, aku lebih rela stay single. memang lah orang cakap forever alone (==), kadang2 jealous dengan orang yang bercouple segale dan perasaan nak ade orang sayang kite. tapi aku tak kisah. Alone aku bukan forever (aku boring aku call orang lain ajak hangout, ape susah), jealous aku diatasi dengan rasionaliti aku dan family dan kawan2 aku ade untuk sayang aku. problem fixed!



so, long story short, aku list kan kenape aku rase single tu lagi seronok daripade couple dalam bentuk Tagline <-- baru catchy :

1.  TAGLINE #1 (FAVOURITE) - SINGLE ITU MENJIMATKAN. - okay, kau terima jelah kenyataan kan, single tu memang menentukan ape yang korang makan mase hujung bulan nanti. sama ada nasik lauk best, atau megi jual kat kedai runcit depan rumah. 

2. TAGLINE #2 - SINGLE ITU BEBAS. - kalau kau single, kaum boleh lepak dengan kawan2 kau, usha mamat hensem (dengan kaedah tertentu) tanpa terikat dengan sebarang perasaan bersalah yang menghantui diri.

3. TAGLINE #3 - SINGLE ITU STABIL. - kau single dan stabil dari segi emosi. pernah dengar ke orang bunuh diri sebab die forever alone? memang ade, tapi sikit sangat dibandingkan dengan orang yang mati bunuh diri sebab putus cinte lah, cemburu lah, macam2.

4. TAGLINE #4 - SINGLE MENGELAKKAN PERTAMBAHAN DOSA. - aku taknak lah sentuh bab dosa pahala segala tapi kalau kau belajar kat sekolah matapelajaran pendidikan Islam, kau tau lah ape maknenya kan. kalau kau tak ingat kau tanye adik2 darjah 2,3,4 hukum nye, tapi jangan melenting bila dah tau. :)

5. TAGLINE #5 - SINGLE MENURUNKAN KADAR KEMATIAN. - bace surat khabar hari tu, "lelaki dibunuh kerana merampas tunang orang lain". kalau kau stay single takde lah orang nak bunuh kau sebab ambik tunang die. kadar jenayah membunuh pun kurang. orang buat post mortem pun kurang kerja. negara pun maju. <----- patriotik punye orang.

6. TAGLINE #6 - SINGLE ITU SENANG. - kau tak payah jage perasaan bf/gf kau jek memanjang. yang penting kau happy. kalau kau happy, dunia kau pun happy. who are others to ruin it?

7. TAGLINE #7 - SINGLE ITU KURANG MEMBEBANKAN. - kau takde tanggungjawab selain kepada agama, keluarga dan negara tercinta. tu wajib tu. sikit jek nak jage. kalau kau lelaki mesti kena protect gf kau kan, dah bertambah jadik empat benda <---- tu pun kalau gf die tak banyak songeh. kalau kau single tiga benda jek kena jaga. empat dengan tiga mane lagi kecik?

8. TAGLINE #8 - SINGLE ITU AWESOME. - bace semua tagline atas, dan itu adalah summary bagi tagline #8 ni.  bagi aku, single tu bermaksud kaye, suka hati kau nak buat ape, tak gila, tak buat dosa kering,  kebarangkalian masuk jail kurang, kau happy, kau ade sikit benda jek nak jage dalam hidup. kan ke awesome tu?

walau ape pun, setiap orang tetap nak pasangan dalam hidup kan. tu aku pun tak nafikan. tu memang hukum alam. tapi, bagi aku, kalau belum sampai masenye nak couple misalnye kau belajar darjah 6 dah ade bf/gf maknenye macam terlalu awal lah kan. bagi aku lah, jangan terase pulak, aku tak mengate kau lah. sebab selalunye mesti berakhir dengan "you get yourself hurt in the end". kan tak best tu. kau couple lagi lambat lagi bagus sebab bile kau dah start couple kau dah faham realiti hidup yang sebenar. kau dah pandai jaga diri sendiri.



okay, aku stop dulu post ni dan meneruskan hidup yang single dan awesome ni. :) semoga anda terhibur dengan paparan yang kami sajikan. sehingga berjumpa lagi pada masa akan datang. salam. peace, out.

Sunday, February 5, 2012

"Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2012"



bukan ape, aku dah lame tak join bende alah camni. nak join tekan jek link. ok toodles. :)

Wednesday, December 21, 2011

One Month One Theme, Grand Reohpening!

okay hey. dah lama kan sejak kali terakhir aku post, memang akhir-akhir sangat. lama sangat. so, sempena aku  nak grand reopening balik blog aku. nak buat lain sikit. aku buat satu theme. satu bulan, satu tema. ala, macam tema 1Malaysia gituu. :D

Jadik, aku start theme yang first dengan tema AYAM. tukar header yang berkaitan tema, post berkaitan tema. semua asas tema lah senang cerita. korang nampak tak ayam kecik kat header aku, tu tandanya tema ayam. gambar ayamnye kecik jek. aku nak ambik gambar ayam aku sendiri tapi ayamnya dah lari. <--- hilanglah tu. T_T

Ayam tu namanya "shrilling chicken". Macam feymes jugak ayam ni. aku jek yang baru tau. <---kuno. ==" aku panggil "shrilling chicken" aku "Ayam Menjerit". nama pendek Ayam jek aku panggil <--- tak kreatif langsung. aku mula tertarik dengan Ayam ni sebab suaranya yang menarik perhatian. sekali kau picit badan Ayam, satu Melaka dengar. <--- ouh, aku beli kat Melaka. kali pertama aku jumpa Ayam. masa tu aku dah tertawan dengan Ayam, aku tau kiteorang dah ditakdirkan bersama. aku mintak ayah aku belikan, die macam taknak. dua tiga kali family aku lalu kat kedai jual Ayam tapi tetap tak terbukak hati ayah aku nak belikan Ayam. akhirnya, setelah 10 kali < serious, 10 kali! lalu kedai jual Ayam, ayah aku belikan jugak. souvenir paling berharga aku pernah bawak balik daripada holiday. :)

Kenapa aku suka Ayam?

1. Ayam tu menjerit bukan berkokok. Aku suka kelainan.
2. Badan Ayam togel. Takda bulu. Buat aku teringat ayam panggang.
3. Ayam pakai bowtie. Aku suke orang/ayam dressing smart.
4. Muka Ayam kelakar. Macam terkejut. Aku suka buat muka kelakar.
5. Last sekali, ALASAN UTAMA AKU BELI AYAM SEBAB, Ayam adalah benda terbaik yang aku pernah jumpa nak buat menyakat orang. Aku yang terer, master menyakat orang pun pernah terkena. fuhh!

Disini aku sertakan sepupu, saudara-mara Ayam yang jauh diperantauan untuk tatapan korang. Lagi satu, kalau korang tau mane lagi saudara Ayam berada, bagitau aku. *Ayam nak jejak kasih saudara-mara die.

Ni ayam menjerit. Tapi, bukan Ayam lah. Pelanduk dua serupa kot.

Ni Ayam. kalau die mat saleh lah.

Ni muka Ayam yang buat aku jatuh hati pada die. <3

Badan Ayam togel macam ni. ade bowtie sekali. aku suka!

Ni adalah kemungkinan kalau  Ayam dilahirkan diluar negara dan bukannya Malaysia.
*Tapi, Ayam ada tulis made in china lah.

Wednesday, November 9, 2011

Stuff #1 - Kuroshitsuji


Hari ni aq akan perkenalkan korang dgn anime yg dipanggil KUROSHITSUJI. sebut btol-btol yek. KU-RO-SHIT-SU-JI. atau korang boleh panggil dgn nama omputihnye, BLACK BUTLER. kalau korang jenis yang minat anime yang ala-ala emo sket, aq cadangkan korang try la ambil tau pasal anime ni. satu ayat yang sesuai yang dpat aq ungkap bile kali pertame tgk anime ni, "GILER COOL!" <---- tak tipu.


aq cite sket psl anime ni eh. anime ni cite die psl sorg budak ni. name die Ciel Phantomhive. umur bdak ni bru 12 tahun, dan waris sebuah empayar syarikat mainan dan gule-gule, dan berasal drpd keluarga yg tername tp da jadik anak yatim piatu sbb mak bapak die da mati mse rumah dieorg kne bakar dgn pihak yang tak bertanggungjawab. isyh,isyh. tu kesah lame. utk membalas dendam bagi pihak mak bapak die yg da kene bunuh tanpa kerelaan tu, ciel ni telah meminta bantuan drpd jalan yang slah iaitu dr seekor, ke seorg, "bnde" yang sebenarnye setan. kan btol aq kate, jalan yg salah. bnde ni name die Sebastian Michaelis. aq tak dpt nafikan, makhluk ni mmg hensem. die ni adelah nak kate seorg bkn, nak kate seekor pn bukan, so aq bhase kan die dgn makhluk jela. makhluk ni telah mmbuat perjanjian dgn Ciel Phantomhive ni. die brjnji akan membalas dendam kesumat utk Ciel dan menjadi butler utk Ciel ni sehingga pembunuh mak bapak Ciel ni dapat dihukum. dan sebagai blasan atas perkhidmatan makhluk ni, Ciel harus menyerahkan jiwa die dgn kerelaan.

Korang mngkin ade yg familiar dgn anime ni sbb anime ni disiarkan kat channel 715, iaitu channel feveret aq iaitu channel animax. (mati kalu cikgu bm aq tau aq wat ayat cmni) anyway, anime ni susah sket nak dicari sbb  die tlah di-under licensed-kan oleh pihak yg bertanggungjawab utk memelihara kesuciannye. alangkah sedihnye. hua~

Sebatian Michaelis.
Aq tak tipu kan. makhluk ni mmg hensem. giler cool plak tu. 
 Nampak nye itu jek la yek. sampai sini jek aq cerite psl stuff-of-the-day hari ni. lain kali aq crite lagi. kalau korg ade bnde yg korang rase korg nak bgtau semua org, bgtau aq. tak susah, senang jek. okay. nanti aq jumpe korang lagi. out peeps! :)

Stuff #2 - Nura : Rise of the Yokai Clan

Okay, dah lama aku tak update page ni. adalah masalah-masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. :)
Hari ni aku nak cakap dengan korang pasal anime yang aku minat. aku ni memang benda-benda yang ade kaitan dengan Jepun. sorrylah. aku tak layan Korea stuff ni. tapi, Jepun aku layan especially ANIME!

Mula cerita. Kali ni aku nak kenalkan anime NURA : RISE OF THE YOKAI CLAN. Buat korang yang tak pernah layan anime, cerita ni boleh tahan lah. dengan jalan cerita yang mantap jugaklah. Anime ni seperti kebanyakan anime lain bermula daripada manga dan kemudian diadaptasi kepada animasi. Nama Jepun cerita ni adalah Nurarihyon no Mago. aku tak bace manga die, aku terus layan anime jek. <---pemalas. =="

Cover Nurarihyon no Mago manga 1st edition

Ni Rikuo Nura yang manusia.


Rikuo Nura yang Yokai version punye. *giler cool!









Cerita nya pasal seorang budak lelaki. Nama budak ni Rikuo Nura. Rikuo ni adalah part "yokai", part human. Maknanye die ni campuran yokai dan manusia lah. Yokai ni sebenarnye macam "demon" atau macam hantu lah. Disebabkan Rikuo ni hanye sebahagian jek yokai, die ni boleh bertukar mejadi yokai hanya bila bulan dah muncul. senang cerita sebelah malam jelah die boleh jadik yokai. lepas tu die akan jadik manusia balik bila matahari terbit. Rikuo tinggal dengan atuk die dalam sebuah rumah yang penuh dengan yokai jugak sebab atuk die ni "Ketua Yokai Puak Nura". Rikuo sebenarnye bakal mewarisi atuk die menjadik ketua puak yang ketiga tapi die tak nak. jadik die seboleh-boleh buat perkara yang baik-baik supaya die tak jadik yokai. tapi akhirnye die tahu die tak boleh lawan takdir, jadik die terima offer jadik ketua yokai ketiga. tapi die ni yokai yang baik lah sebab die ni yokai yang tolong manusia. Jadik selepas die jadik ketua yokai yang ketiga die punya ahli puak ramai dalam Hyakki Yako dan menggunakan tagline "Fear" atau "Ketakutan".
Ni Atuk Rikuo. Die ni Yokai. Ketua Yokai Pertama.





*Hyakki Yako tu macam parade atau perarakan untuk yokai pada waktu malam musim panas. Dipercayai siapa-siapa yang melintasi perarakan ni, die akan mati. Tapi bende ni kepercayaan jek.


Dah siap! lain kali aku update lagi okay. Korang try lah tengok anime ni. SELAMAT MENCUBA! :)

Monday, November 7, 2011

New Family Household!

Yeah! aku dapat family member baru pada 2/11/11! wee~~



Comel kan? Kau mesti ingat manusia. HAHA. kena tipu. kucing jelah. tapi aku tetap anggap die family aku. same jugak macam pucci dengan mochi. ohh, by the way, name kucing ni TAIGA *ala, macam tiger cakap dalam bahasa jepun. sebab ayah aku kata nak jadikan die garang sampai tahap macam anjing pengawal kan, okaylah. taiga pun, taiga lah. sebenarnye ayah aku nak bagi name TIGGER. *ala, kawan PPOOH tu. tapi, aku ni kan macam obses sikit dengan jepun, *sikit jek. aku masih sayang negara tercinta ni. hee~ so, seboleh-boleh aku nak letak name ala-ala jepun kau. HAHA. same jugak macam MOCHI. kan name jepun tu. EHEHE. cume PUCCI jek name tak jepun sebab ku belum demam jepun lagi mase tu. *aku sendiri tak tau mane datang perkataan pucci tu. aku reka sendiri kot. biaselah, orang tinggi imaginasi. cehh. :D

Jadik sekarang aku ade tiga ekor meow-meow! aku lagi suke banyak-banyak!



Kau mesti ingat Mochi tu mak die kan. TAK. Mochi tu makcik die jek. Mak die Pucci tu ha. pelik kan. die makan dekat makcik die. Pucci dengan Mochi gilir-gilir jage Taiga tu. * kucing aku all-girls lah. dan pucci hanye lahirkan seekor anak jek. jadik kiranya Taiga tu anak tunggal lah. HAHA. mesti kau jarang dengar kucing lahir seekor anak kan, tapi tu lah yang terjadik. aku boleh buat apa kan? bersyukur jek. Macam HAPPY FAMILY kan mereka? wah, saya suka! saya suka!

Okay. tu jek aku nak sampaikan. lain kali kalau aku ade berita gembira lagi aku bagitahu korang. bai-bai. :)

Saturday, November 5, 2011

Kenapa Orang Nak Cita-Cita Yang Professional.

Ikut tajuk kat atas, kenapa orang nak cita-cita yang mantap. budak kecil-kecil lah selalu. bile cikgu tanye nak jadi ape bila dah besar, keluarlah ayat "Saya nak jadik doktor, cikgu." pastu,dengan muke bangge, sambil kawan-kawan die tepuk tangan. wahh~

Aku bagitahu kat sini kenapa orang nak cita-cita kerja dalam golongan professional ni.

1. Cepat Kaya
- Ni bukan kaya roti atau kaya budi bahasa tapi kaya dengan fulus lah. dah sah-sah kerja golongan professional ni gaji banyak. dah gaji banyak, fulus pun banyak lah. simple math kan. bile kau kate kat orang kau lawyer ke enginekete engineer, automatik oarang akan fikir,mesti kaya mamat ni. lagipun, siape jek yang tak nak kaya. :D

2. Macam Bangga lah kan
- Bila kita dengar orang cakap, "saya kerja jadik doktor" mesti dalam hati kita terdetik, "fuyooh, orang ni doktor. gile lah." apa kau fikir orang tu pun dalam hati, "pergh, bangge gile". berbunga-bunga mngalahkan pokok bunga. makcik-pakcik kat kampung bila dengar anak saudara sekampung kerja lawyer, berkenan die nak kenalkan kite dengan anak die. cehh-cehh.

3. Macam Cool
- Admit jelah, kerja professional ni macam cool bunyi nye. contoh perkataan LAWYER, DOKTOR. kau dengar sendiri pun macam cool jek. fuuyoh, doktor, loyar lawyer orang tu. bagi aklah bunyi macam cool, bagi korang tak tau lah. lain orang lain telinga kan. ==

Macam mane, okay? tu jelah aku dapat bagi. post merepek. lain kali aku bagi post yang masuk akal sikit. bai-bai. :)

Sunday, October 9, 2011

Never Mind, I'll Find Someone Like You

wah, tibe time bday aku. *umur jek tua, jiwa mude okay. tibe-tibe teringat memori lama. <-- ceh, memori, ayat kau memang takboleh blah. takde time bday ni, especially bday kali ni aku nak jadik jiwang sikit la. ala, bukan selalu. lagipu ni kan blog aku kan. sukahatiakulah. :)
ni bukan ape, saje nak luahkan dekat mane-mane, ape yang aku rase dalam kepale aku ni, teringat dua tahun lepas, pasal kisah yang tak kemane. :')

due tahun lepas, aku start kenal die, aku tak refer kepade sape-sape pun okay, sebelum ni aku kenal macam tu jek, sebab aku takut nak cakap dengan die. bukan ape, sebab die ade ciri-ciri yang agak menggerunkan atau dalam bahase lembutnye ciri-ciri yang "mengejutkan". anyway, lepas kenal die, aku baru tau ciri-ciri die tu takdelah mengejut mane. so, yeah, we became friends. awal tahun 20XX aku mule rapat dengan die, kuar jalan, hangout segale, tapi dengan kawan-kawan aku yang lain la. aku selalu buat kelas tambahan dengan die, dimane aku menjadi tutor die. <---ceh, bangge nak keluar ayat TUTOR tu. HEHE. petang-petang selalu borak-borak dengan die sementara nak tunggu balik kelas. and so on, typical story lah kan, the love blossoms and so on.

and then came to the point where aku bagitahu die sesuatu yan mengubah segale ape yang aku pernah ade dengan die dulu. sejak daripada tu, my best friend became not more than just acquaintance jek. like we never known each other. kiteorang, in what I prefer to say, "SILENT TREATMENT". tau kan bile silent tu maknenye ape. so, memang semua orang memang tau ape yang pernah ade antare die dengan aku, so everybody kept on asking me this, and that, tapi aku prefer untuk not to talk about it. dan sampai sekarang aku masih gune pendekatan yang same bile orang tanye aku pasal bende ni. for me, let bygones be bygones.

tapi, aku agak kecewa sikit lah, sebab selame ni setiap kali bday aku, aku akan call die, dan setiap kali bday die, die akan call aku, tahun ni takde. so, aku tak mengharap sangat, tapi disebabkan dah macam tradition kan, mesti lame nak lupe kan. silap-silap, bday aku pun die entah inagt entah lupe. kan? HAHA.

kepade kau, aku akan terus cube lupekan kau, walaupun kau memang nampak gayenye dah lupekan aku. takpe, dah memang takde jodoh kan, takkan nak pakse. aku tak mengharap simpati sesiape tapi hanye nak luahkan ape yang aku pendam selame ni sorang-sorang. never mind, I'll find someone like you. I wish nothing but the best of you, Don't forget me, I begged, I remeber you said, Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead. I hope that you'd see my face and be reminded that for me, it isn't over.

Thanks for giving me such good times when we used to have each other. Never mind, I'll find someone like you, L.



Friday, August 26, 2011

5 Sebab Pro dan Kontra Kewujudan Tandas

okay. aku tau. tajuk entry aku memang semuanya merepek. ade ke die buat entry pasal tandas. da lah buat pasal lipas, lalat. ni pasal tandas pulak. ape aku boleh kate, kalau nak yang rasional sikit tajuk entry pegi la blog malaysiakini. :)

toilet seperti semua orang tau adelah name orang putihnye tandas dan jamban pule adalah name manje bagi tandas ni. dari segi fizikal tandas rupenye macam ni.


okay, beralih pada tajuk kite hari ni, pro dan kontra wujudnye tandas ni. aku listkan dulu kontra yek.

Kontra wujudnye tandas:
i-   tandas sinonim dengan bau yg kurang meyenangkan.
ii-  tandas adelah istane bagi syaitooonnn.
iii- tandas ade banyak makhluk-makhluk kecil ataupun lebih dikenali sebagai serangga.
iv- tandas ade yang kene bayar bile nak masuk. *aku suke bende free.
v-  tandas penyebab masyarakat kene bayar bil indahwater.

tu 5 sebab kontra. ni aku listkan pulak pro wujudnye tandas ni.

Pro wujudnye tandas:
i-   tandas adelah tempat peribadi seseorang meluahkan ape yang perlu diluahkan. *bayangkan kalau takde, kene gune care tradisional. kaya tokey cangkul.
ii-  bile ade toilet, wujudnye industri toilet paper dan barang-barang peribadi toilet yang lain. sekaligus menambah peluang pekerjaan bagi mempertingkat ekonomi negara.
iii- wujudlah ayat "cikgu saya nak pergi tandas". *bukan murid pergi tandas, cikgu yang nak pergi.
iv- tercipta peluang bagi pelajar-pelajar yang agar ******* nak skip kelas yang kurang diminati. *tidak merujuk kepada mana-mana pihak yang hidup atau nyawa-nyawa ikan.
v-  tercipta revolusi sehingga wujudnya bilik mandi pulak. *bagi yang suke separate-separate buat kerja.

Demikianlah tadi, pro-pro dan kontra-kontra wujudnye tandas. harapan saye adalah semoge selepas ini masyarakat akan lebih bertimbang rase terhadap tandas kerana tandas berkualiti, hidup berkualiti. budaya kita, wajah kita. ini adalah pesanan khidmat masyarakat dibawakan khas oleh penaja. Terima Kasih.












Wednesday, August 10, 2011

" Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah "

*nak ambik tau?  <klik sini>

dan untuk memenuhi tuntutan saye sertakan nama sebenar saye sekaligus memecahkan identiti saye dalam I/C.

Name : Nurul Shahirah Binti Shafiei.
Hobi Utame 1 : Menyakat orang. *otai da. :D
Hobi Utame 2 : Menyakat Pucci & Mochi. *meow-meow aku lah.
Hobi Sampingan : Blogging. *baru jek ni. :D

Sekian, Terima Kasih. :) 

Tuesday, August 9, 2011

Header Raye? +_+"

assalamualaikum dan salam sejahtera. *mcm buletin utama pulak. ape macam korang punya ramadhan? seronok? okay, setelah lame tak buat entry ni lah entry pertama untuk bulan puase. nampak tak header baru? yes, saye da habiskan mase untuk buat header baru. watak utama nye ade dua. PUCCI dan MOCHI. my two darlings! tangkap cintan dengan mereka. <3 :)

okay, merujuk kepada tajuk diatas, kawan aku, NurLyana Bt. Md. Ismail telah membuat segmen sempena Ramadhan/Syawal ni. *nak ambik tau? <klik sini> lepas tu naik sekolah esoknya die suruh aku join masuk segmen ni. aku memang no hal tapi, , , aku mane tau header raya patut hadi macam mane rupa die.

so, untuk mengambil hati die (dan untuk memberhentikan die daripade terus promote segmen die) aku buat la jugak. tapi, I'm pretty sure header raya bukan macam tu kot rupanye.

nah, ambil header ni " raya" ni. hee~  :DD


ni boleh terima tak penyertaan? :)


Thursday, July 28, 2011

Lalat + Bubur = ????

hyep! lme tak update. cite arini, topiknye LALAT. yek, aku tau. hari tu LIPAS, ni LALAT pulak. suke serangge ke minah ni. ohh tidak, aku tak suke serangge. tapi demi seseorang aku gagahi juge menaip post ni. <--- apesal time blaja aku takde semangat camni?

Lalat ekk. sape jek tak kenal. adik kau darjah lime pun tau lalat tu ape. kalau kronik sgt aku explain melalui gambar. ni, bende ni ha lalat.

Model: Miss Lalat
Venue: Taman Rumput

Dah ingat dah lalat tu ape? ha! jangan salah anggap. aku sebenarnye bkn peminat fanatik bende ni ok. same mcam entry lipas *klik sini*, sebab-sebab aku tak suke bende ni adelah:

- muke menakutkan aku. *jika dilihat dari jarak dekat la.
- muke die ade "straw". pastu die mcam panjang-panjangkan selalu "straw" tu.
- kaki die ade bulu. * same mcam lipas.
- die boleh terbang. *aku jeles sebab aku takleh terbang.

sebab tu lah aku ni tak minat sangat bende enam kaki ni. tapi, ade satu jenis lalat aku suke. lalat ni memang lain macam. die suke BUBUR! yek bubur! ala, BUBUR!

Model: Bubur.
Venue: Pinggan Rumah.
Ha! lalat tu suke bubur. lalat ni pun hensem jugak. betol HENSEM. Lagi satu lalat tu panggil aku lipas. tengok kan ade chemistry gitu. <---xde kena mngena dengan entry ni.  *klik sini*
Lalat tu ade blog jugak. biaselah. Lalat zaman sekarang canggih. nak tau * klik sini* .

So, kesimpulannye adelah ,,, 
*gambar tak membawa maksud ape-ape. Harap Maklum.

+

*atas adalah gambar bubur. Ihsan Encik Google.

=

?????  <*klik sini*>



Tuesday, July 19, 2011

Thank YOU #100th Follower!

Lame dah tak update. hari ni berita gembire untuk korang semua! aku da capai 100 followers! hari untuk berterima kasih kepada koran-korang yang telah m,enjadi follower aku dari aku start berblogging sampai aku masih lagi baru berblogging. orang yang bertuah adelah http://ubioren.blogspot.com/ kerana dah jadik #100th follower aku. thank you to you, gracias, terima kasih. sayang followers aku banyak-banyak. xoxo, Nemo. <3 :D

* dapat check wishlist 100 followers dengan iPhone4. awesome day! wee~ :DD

Saturday, July 16, 2011

Jom berblogjogging Bersama Cik POP


harap-harap menjadik. boleh la aq check wishlist 100 followers. *harapan setinggi gunung. :DD
kelik pada tajuk ye anda-anda sekalian. 

Thursday, July 14, 2011

Jom Join Bloglist Ajeyy Rawk


klik pd gambar yek. seebulan jek limitnye. :D

Tuesday, July 5, 2011

Roach-Buster!

photoshoot 5/7/2011
model: Roachy.
Kau kenal sape kat atas ni? ni lah roachy. atau seperti semua sedia maklum makhluk ni adalah lipas. roachy tu name manje yang aku panggil utk lipas. *sengal jek kn? aku tau. maafkan lah aku. :)

selalunye ramai orang tak berapa gemar makhluk kaki enam ni. sebab ape? takdelah ape sangat cume mungkin sebab :

- kaki die ade bulu,
- die boleh terbang,
- bawak penyakit,
- kepak nipis nampak macam crispy buat aku geram,
- muke dari depan menakutkan,
- sesungut yang bergerak tanpa kawalan,
- die kategori serangga, aku tak suke serangga,
- persepsi masyarakat tentang lipas dah mempengaruhi kite

sebab sebab-sebab diataslah aku telah menyimpan cite-cite terpendam yang aku pendam selame ni. tapi cite-cite sampingan jelah. tak kan cite-cite utame pulak. kau bayangkan tibe-tibe jek aku bagitau mak aku aku nak jadi roach buster kau rase ape reaksi die? tak payah fikir susah-susah. biar aku jek yang fikir. :D

tapi name pun cite-cite kn? so, buat mase sekarang aku gune jelah shieldtox dulu. ala, yang baru tu. shieldtox outdoor. tahan sehingga enam bulan kau tau. jimat duit lame tak payah beli shieldtox. abes semua bukan setakat lipas jek, nyamuk, semut, kelkatu, lalat, semua aku spray gune shieldtox ni. jimat. tak payah beli shieldtox banyak-banyak. mati jugak benda tu semua. tahan enam bulan lagi. :DD

Kesan sehingga enam bulan.
*tertakluk kepada bangsa lipas.

Friday, July 1, 2011

" Seminggu 100 Follower Kembali "

first time join ni. excited much! yayy! :))
* berkobar-kobar  :DD