Hey hey! hop in guys. Follow me on Blogger and Twitter ,add me on Facebook and I'll hit you back! serious! xoxo, Nemo. :))

Thursday, February 9, 2012

Tagline Single Yang Masuk Akal

Salam buat insan2 yang baca post ni. Aku respect dengan korang yang bukan sahaja membace post ni malah bukak blog ni. trimas banyak2.

Hari ni aku nak cerita pasal kelebihan hidup kalau kau single. Ni post untuk orang single, well sebab aku tak couple punye orang lah kan. kalau kau couple kau carik post lain. :)

Ada banyak sebenarnye kelebihan dan kekurangan bersingle daripada bercouple. Dalam pemerhatian dan pengalaman aku sendiri pun, aku lebih rela stay single. memang lah orang cakap forever alone (==), kadang2 jealous dengan orang yang bercouple segale dan perasaan nak ade orang sayang kite. tapi aku tak kisah. Alone aku bukan forever (aku boring aku call orang lain ajak hangout, ape susah), jealous aku diatasi dengan rasionaliti aku dan family dan kawan2 aku ade untuk sayang aku. problem fixed!



so, long story short, aku list kan kenape aku rase single tu lagi seronok daripade couple dalam bentuk Tagline <-- baru catchy :

1.  TAGLINE #1 (FAVOURITE) - SINGLE ITU MENJIMATKAN. - okay, kau terima jelah kenyataan kan, single tu memang menentukan ape yang korang makan mase hujung bulan nanti. sama ada nasik lauk best, atau megi jual kat kedai runcit depan rumah. 

2. TAGLINE #2 - SINGLE ITU BEBAS. - kalau kau single, kaum boleh lepak dengan kawan2 kau, usha mamat hensem (dengan kaedah tertentu) tanpa terikat dengan sebarang perasaan bersalah yang menghantui diri.

3. TAGLINE #3 - SINGLE ITU STABIL. - kau single dan stabil dari segi emosi. pernah dengar ke orang bunuh diri sebab die forever alone? memang ade, tapi sikit sangat dibandingkan dengan orang yang mati bunuh diri sebab putus cinte lah, cemburu lah, macam2.

4. TAGLINE #4 - SINGLE MENGELAKKAN PERTAMBAHAN DOSA. - aku taknak lah sentuh bab dosa pahala segala tapi kalau kau belajar kat sekolah matapelajaran pendidikan Islam, kau tau lah ape maknenya kan. kalau kau tak ingat kau tanye adik2 darjah 2,3,4 hukum nye, tapi jangan melenting bila dah tau. :)

5. TAGLINE #5 - SINGLE MENURUNKAN KADAR KEMATIAN. - bace surat khabar hari tu, "lelaki dibunuh kerana merampas tunang orang lain". kalau kau stay single takde lah orang nak bunuh kau sebab ambik tunang die. kadar jenayah membunuh pun kurang. orang buat post mortem pun kurang kerja. negara pun maju. <----- patriotik punye orang.

6. TAGLINE #6 - SINGLE ITU SENANG. - kau tak payah jage perasaan bf/gf kau jek memanjang. yang penting kau happy. kalau kau happy, dunia kau pun happy. who are others to ruin it?

7. TAGLINE #7 - SINGLE ITU KURANG MEMBEBANKAN. - kau takde tanggungjawab selain kepada agama, keluarga dan negara tercinta. tu wajib tu. sikit jek nak jage. kalau kau lelaki mesti kena protect gf kau kan, dah bertambah jadik empat benda <---- tu pun kalau gf die tak banyak songeh. kalau kau single tiga benda jek kena jaga. empat dengan tiga mane lagi kecik?

8. TAGLINE #8 - SINGLE ITU AWESOME. - bace semua tagline atas, dan itu adalah summary bagi tagline #8 ni.  bagi aku, single tu bermaksud kaye, suka hati kau nak buat ape, tak gila, tak buat dosa kering,  kebarangkalian masuk jail kurang, kau happy, kau ade sikit benda jek nak jage dalam hidup. kan ke awesome tu?

walau ape pun, setiap orang tetap nak pasangan dalam hidup kan. tu aku pun tak nafikan. tu memang hukum alam. tapi, bagi aku, kalau belum sampai masenye nak couple misalnye kau belajar darjah 6 dah ade bf/gf maknenye macam terlalu awal lah kan. bagi aku lah, jangan terase pulak, aku tak mengate kau lah. sebab selalunye mesti berakhir dengan "you get yourself hurt in the end". kan tak best tu. kau couple lagi lambat lagi bagus sebab bile kau dah start couple kau dah faham realiti hidup yang sebenar. kau dah pandai jaga diri sendiri.



okay, aku stop dulu post ni dan meneruskan hidup yang single dan awesome ni. :) semoga anda terhibur dengan paparan yang kami sajikan. sehingga berjumpa lagi pada masa akan datang. salam. peace, out.

Sunday, February 5, 2012

"Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2012"



bukan ape, aku dah lame tak join bende alah camni. nak join tekan jek link. ok toodles. :)

Wednesday, December 21, 2011

One Month One Theme, Grand Reohpening!

okay hey. dah lama kan sejak kali terakhir aku post, memang akhir-akhir sangat. lama sangat. so, sempena aku  nak grand reopening balik blog aku. nak buat lain sikit. aku buat satu theme. satu bulan, satu tema. ala, macam tema 1Malaysia gituu. :D

Jadik, aku start theme yang first dengan tema AYAM. tukar header yang berkaitan tema, post berkaitan tema. semua asas tema lah senang cerita. korang nampak tak ayam kecik kat header aku, tu tandanya tema ayam. gambar ayamnye kecik jek. aku nak ambik gambar ayam aku sendiri tapi ayamnya dah lari. <--- hilanglah tu. T_T

Ayam tu namanya "shrilling chicken". Macam feymes jugak ayam ni. aku jek yang baru tau. <---kuno. ==" aku panggil "shrilling chicken" aku "Ayam Menjerit". nama pendek Ayam jek aku panggil <--- tak kreatif langsung. aku mula tertarik dengan Ayam ni sebab suaranya yang menarik perhatian. sekali kau picit badan Ayam, satu Melaka dengar. <--- ouh, aku beli kat Melaka. kali pertama aku jumpa Ayam. masa tu aku dah tertawan dengan Ayam, aku tau kiteorang dah ditakdirkan bersama. aku mintak ayah aku belikan, die macam taknak. dua tiga kali family aku lalu kat kedai jual Ayam tapi tetap tak terbukak hati ayah aku nak belikan Ayam. akhirnya, setelah 10 kali < serious, 10 kali! lalu kedai jual Ayam, ayah aku belikan jugak. souvenir paling berharga aku pernah bawak balik daripada holiday. :)

Kenapa aku suka Ayam?

1. Ayam tu menjerit bukan berkokok. Aku suka kelainan.
2. Badan Ayam togel. Takda bulu. Buat aku teringat ayam panggang.
3. Ayam pakai bowtie. Aku suke orang/ayam dressing smart.
4. Muka Ayam kelakar. Macam terkejut. Aku suka buat muka kelakar.
5. Last sekali, ALASAN UTAMA AKU BELI AYAM SEBAB, Ayam adalah benda terbaik yang aku pernah jumpa nak buat menyakat orang. Aku yang terer, master menyakat orang pun pernah terkena. fuhh!

Disini aku sertakan sepupu, saudara-mara Ayam yang jauh diperantauan untuk tatapan korang. Lagi satu, kalau korang tau mane lagi saudara Ayam berada, bagitau aku. *Ayam nak jejak kasih saudara-mara die.

Ni ayam menjerit. Tapi, bukan Ayam lah. Pelanduk dua serupa kot.

Ni Ayam. kalau die mat saleh lah.

Ni muka Ayam yang buat aku jatuh hati pada die. <3

Badan Ayam togel macam ni. ade bowtie sekali. aku suka!

Ni adalah kemungkinan kalau  Ayam dilahirkan diluar negara dan bukannya Malaysia.
*Tapi, Ayam ada tulis made in china lah.

Wednesday, November 9, 2011

Stuff #1 - Kuroshitsuji


Hari ni aq akan perkenalkan korang dgn anime yg dipanggil KUROSHITSUJI. sebut btol-btol yek. KU-RO-SHIT-SU-JI. atau korang boleh panggil dgn nama omputihnye, BLACK BUTLER. kalau korang jenis yang minat anime yang ala-ala emo sket, aq cadangkan korang try la ambil tau pasal anime ni. satu ayat yang sesuai yang dpat aq ungkap bile kali pertame tgk anime ni, "GILER COOL!" <---- tak tipu.


aq cite sket psl anime ni eh. anime ni cite die psl sorg budak ni. name die Ciel Phantomhive. umur bdak ni bru 12 tahun, dan waris sebuah empayar syarikat mainan dan gule-gule, dan berasal drpd keluarga yg tername tp da jadik anak yatim piatu sbb mak bapak die da mati mse rumah dieorg kne bakar dgn pihak yang tak bertanggungjawab. isyh,isyh. tu kesah lame. utk membalas dendam bagi pihak mak bapak die yg da kene bunuh tanpa kerelaan tu, ciel ni telah meminta bantuan drpd jalan yang slah iaitu dr seekor, ke seorg, "bnde" yang sebenarnye setan. kan btol aq kate, jalan yg salah. bnde ni name die Sebastian Michaelis. aq tak dpt nafikan, makhluk ni mmg hensem. die ni adelah nak kate seorg bkn, nak kate seekor pn bukan, so aq bhase kan die dgn makhluk jela. makhluk ni telah mmbuat perjanjian dgn Ciel Phantomhive ni. die brjnji akan membalas dendam kesumat utk Ciel dan menjadi butler utk Ciel ni sehingga pembunuh mak bapak Ciel ni dapat dihukum. dan sebagai blasan atas perkhidmatan makhluk ni, Ciel harus menyerahkan jiwa die dgn kerelaan.

Korang mngkin ade yg familiar dgn anime ni sbb anime ni disiarkan kat channel 715, iaitu channel feveret aq iaitu channel animax. (mati kalu cikgu bm aq tau aq wat ayat cmni) anyway, anime ni susah sket nak dicari sbb  die tlah di-under licensed-kan oleh pihak yg bertanggungjawab utk memelihara kesuciannye. alangkah sedihnye. hua~

Sebatian Michaelis.
Aq tak tipu kan. makhluk ni mmg hensem. giler cool plak tu. 
 Nampak nye itu jek la yek. sampai sini jek aq cerite psl stuff-of-the-day hari ni. lain kali aq crite lagi. kalau korg ade bnde yg korang rase korg nak bgtau semua org, bgtau aq. tak susah, senang jek. okay. nanti aq jumpe korang lagi. out peeps! :)

Stuff #2 - Nura : Rise of the Yokai Clan

Okay, dah lama aku tak update page ni. adalah masalah-masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. :)
Hari ni aku nak cakap dengan korang pasal anime yang aku minat. aku ni memang benda-benda yang ade kaitan dengan Jepun. sorrylah. aku tak layan Korea stuff ni. tapi, Jepun aku layan especially ANIME!

Mula cerita. Kali ni aku nak kenalkan anime NURA : RISE OF THE YOKAI CLAN. Buat korang yang tak pernah layan anime, cerita ni boleh tahan lah. dengan jalan cerita yang mantap jugaklah. Anime ni seperti kebanyakan anime lain bermula daripada manga dan kemudian diadaptasi kepada animasi. Nama Jepun cerita ni adalah Nurarihyon no Mago. aku tak bace manga die, aku terus layan anime jek. <---pemalas. =="

Cover Nurarihyon no Mago manga 1st edition

Ni Rikuo Nura yang manusia.


Rikuo Nura yang Yokai version punye. *giler cool!









Cerita nya pasal seorang budak lelaki. Nama budak ni Rikuo Nura. Rikuo ni adalah part "yokai", part human. Maknanye die ni campuran yokai dan manusia lah. Yokai ni sebenarnye macam "demon" atau macam hantu lah. Disebabkan Rikuo ni hanye sebahagian jek yokai, die ni boleh bertukar mejadi yokai hanya bila bulan dah muncul. senang cerita sebelah malam jelah die boleh jadik yokai. lepas tu die akan jadik manusia balik bila matahari terbit. Rikuo tinggal dengan atuk die dalam sebuah rumah yang penuh dengan yokai jugak sebab atuk die ni "Ketua Yokai Puak Nura". Rikuo sebenarnye bakal mewarisi atuk die menjadik ketua puak yang ketiga tapi die tak nak. jadik die seboleh-boleh buat perkara yang baik-baik supaya die tak jadik yokai. tapi akhirnye die tahu die tak boleh lawan takdir, jadik die terima offer jadik ketua yokai ketiga. tapi die ni yokai yang baik lah sebab die ni yokai yang tolong manusia. Jadik selepas die jadik ketua yokai yang ketiga die punya ahli puak ramai dalam Hyakki Yako dan menggunakan tagline "Fear" atau "Ketakutan".
Ni Atuk Rikuo. Die ni Yokai. Ketua Yokai Pertama.





*Hyakki Yako tu macam parade atau perarakan untuk yokai pada waktu malam musim panas. Dipercayai siapa-siapa yang melintasi perarakan ni, die akan mati. Tapi bende ni kepercayaan jek.


Dah siap! lain kali aku update lagi okay. Korang try lah tengok anime ni. SELAMAT MENCUBA! :)