Korang semua ingat lagi tak bila kita semua masa kecil-kecil dulu? ha, apa yang korang selalu main masa kecil-kecil dulu? hari ni aku nak cakap pasal benda-benda yang selalu kita semua main masa kecil-kecil dulu. Selalu ape yang menjadi pilihan korang untuk bermain? aku selalu aku suka main masak-masak. tapi pilihan utama aku adalah main sorok-sorok. macam-macam lokasi strategik yang menjadi tempat persembunyian aku. menyorok kat rumah jiran pun ada. sampai macam tu sekali. sengal juga bila teringat balik. tapi, nama pun budak kecil kan, bukan tau pun makna sengal apa. :D
tapi bila dah meningkat dewasa semua orang dah makin tinggalkan permainan-permainan macam main kejar-kejar, main sorok-sorok, masak-masak, semua orang nak main video games, computer games, dan semua benda yang berkaitan dengan games kat belakang dia. lagi-lagi generasi budak-budak sekarang yang lahir untuk mendepani era globalisasi yang pantas berubah dan berkembang maju ni. apa ingat main kejar-kejar tak seronok ke? dah lah FREE, dapat keluar peluh, dapat seronok, dan FREE. <-------- perkataan FREE dibold dan diulang dua kali.
Lepas tu tadi aku ajak kawan aku main doktor-doktor, mati-mati dia tolak permintaan aku yang tak seberapa ni. sedih betul. bermain doktor-doktor ni bagus tau. selain dapat meningkatkan skill berlakon kita untuk tujuan-tujuan tertentu ( fikir la sendiri apa tujuannya) , kita juga dapat practice ilmu biology sambil menggunakan ubat-ubatan herba daun-daun asli. secara tak langsung dapat meningkatkan ilmu kita tentang herba-herba daun-daun tempatan.
Selepas hujah-hujah yang saya sampai kan sebentar tadi, maka benarlah bahawa bermain permainan-permainan zaman dulu-dulu ni amat berfaedah daripada main video games atau apa-apa yang berkaitan dengan perkataan games belakangnya. Kesimpulannya, kita semua sebagai generasi yang maju dan merdeka haruslah berusaha untuk mengekalkan kewujudan permainan-permainan ini kembali ke era zaman kegemilangannya dimana video games susah untuk didapati di pasaran tempatan. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun sebagai penutup tirai entry ini.
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
** ayat aku memang skema. practice untuk exam bm nanti. :D
** Tajuk entry ni tiada kena mengena dengan isi kandungannya dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
** pantun di atas TIADA kena mengena langsung dengan entry di atas. tapi, aku tetap fikir lagi seronok kalau entry di atas di-tutup tirai-kan oleh serangkap pantun. ayat aku memang best. Maafkan saya, Cikgu Arina.
No comments:
Post a Comment
rasa nak cakap