Hey hey! hop in guys. Follow me on Blogger and Twitter ,add me on Facebook and I'll hit you back! serious! xoxo, Nemo. :))

Wednesday, November 9, 2011

Stuff #1 - Kuroshitsuji


Hari ni aq akan perkenalkan korang dgn anime yg dipanggil KUROSHITSUJI. sebut btol-btol yek. KU-RO-SHIT-SU-JI. atau korang boleh panggil dgn nama omputihnye, BLACK BUTLER. kalau korang jenis yang minat anime yang ala-ala emo sket, aq cadangkan korang try la ambil tau pasal anime ni. satu ayat yang sesuai yang dpat aq ungkap bile kali pertame tgk anime ni, "GILER COOL!" <---- tak tipu.


aq cite sket psl anime ni eh. anime ni cite die psl sorg budak ni. name die Ciel Phantomhive. umur bdak ni bru 12 tahun, dan waris sebuah empayar syarikat mainan dan gule-gule, dan berasal drpd keluarga yg tername tp da jadik anak yatim piatu sbb mak bapak die da mati mse rumah dieorg kne bakar dgn pihak yang tak bertanggungjawab. isyh,isyh. tu kesah lame. utk membalas dendam bagi pihak mak bapak die yg da kene bunuh tanpa kerelaan tu, ciel ni telah meminta bantuan drpd jalan yang slah iaitu dr seekor, ke seorg, "bnde" yang sebenarnye setan. kan btol aq kate, jalan yg salah. bnde ni name die Sebastian Michaelis. aq tak dpt nafikan, makhluk ni mmg hensem. die ni adelah nak kate seorg bkn, nak kate seekor pn bukan, so aq bhase kan die dgn makhluk jela. makhluk ni telah mmbuat perjanjian dgn Ciel Phantomhive ni. die brjnji akan membalas dendam kesumat utk Ciel dan menjadi butler utk Ciel ni sehingga pembunuh mak bapak Ciel ni dapat dihukum. dan sebagai blasan atas perkhidmatan makhluk ni, Ciel harus menyerahkan jiwa die dgn kerelaan.

Korang mngkin ade yg familiar dgn anime ni sbb anime ni disiarkan kat channel 715, iaitu channel feveret aq iaitu channel animax. (mati kalu cikgu bm aq tau aq wat ayat cmni) anyway, anime ni susah sket nak dicari sbb  die tlah di-under licensed-kan oleh pihak yg bertanggungjawab utk memelihara kesuciannye. alangkah sedihnye. hua~

Sebatian Michaelis.
Aq tak tipu kan. makhluk ni mmg hensem. giler cool plak tu. 
 Nampak nye itu jek la yek. sampai sini jek aq cerite psl stuff-of-the-day hari ni. lain kali aq crite lagi. kalau korg ade bnde yg korang rase korg nak bgtau semua org, bgtau aq. tak susah, senang jek. okay. nanti aq jumpe korang lagi. out peeps! :)

Stuff #2 - Nura : Rise of the Yokai Clan

Okay, dah lama aku tak update page ni. adalah masalah-masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. :)
Hari ni aku nak cakap dengan korang pasal anime yang aku minat. aku ni memang benda-benda yang ade kaitan dengan Jepun. sorrylah. aku tak layan Korea stuff ni. tapi, Jepun aku layan especially ANIME!

Mula cerita. Kali ni aku nak kenalkan anime NURA : RISE OF THE YOKAI CLAN. Buat korang yang tak pernah layan anime, cerita ni boleh tahan lah. dengan jalan cerita yang mantap jugaklah. Anime ni seperti kebanyakan anime lain bermula daripada manga dan kemudian diadaptasi kepada animasi. Nama Jepun cerita ni adalah Nurarihyon no Mago. aku tak bace manga die, aku terus layan anime jek. <---pemalas. =="

Cover Nurarihyon no Mago manga 1st edition

Ni Rikuo Nura yang manusia.


Rikuo Nura yang Yokai version punye. *giler cool!









Cerita nya pasal seorang budak lelaki. Nama budak ni Rikuo Nura. Rikuo ni adalah part "yokai", part human. Maknanye die ni campuran yokai dan manusia lah. Yokai ni sebenarnye macam "demon" atau macam hantu lah. Disebabkan Rikuo ni hanye sebahagian jek yokai, die ni boleh bertukar mejadi yokai hanya bila bulan dah muncul. senang cerita sebelah malam jelah die boleh jadik yokai. lepas tu die akan jadik manusia balik bila matahari terbit. Rikuo tinggal dengan atuk die dalam sebuah rumah yang penuh dengan yokai jugak sebab atuk die ni "Ketua Yokai Puak Nura". Rikuo sebenarnye bakal mewarisi atuk die menjadik ketua puak yang ketiga tapi die tak nak. jadik die seboleh-boleh buat perkara yang baik-baik supaya die tak jadik yokai. tapi akhirnye die tahu die tak boleh lawan takdir, jadik die terima offer jadik ketua yokai ketiga. tapi die ni yokai yang baik lah sebab die ni yokai yang tolong manusia. Jadik selepas die jadik ketua yokai yang ketiga die punya ahli puak ramai dalam Hyakki Yako dan menggunakan tagline "Fear" atau "Ketakutan".
Ni Atuk Rikuo. Die ni Yokai. Ketua Yokai Pertama.





*Hyakki Yako tu macam parade atau perarakan untuk yokai pada waktu malam musim panas. Dipercayai siapa-siapa yang melintasi perarakan ni, die akan mati. Tapi bende ni kepercayaan jek.


Dah siap! lain kali aku update lagi okay. Korang try lah tengok anime ni. SELAMAT MENCUBA! :)

Monday, November 7, 2011

New Family Household!

Yeah! aku dapat family member baru pada 2/11/11! wee~~



Comel kan? Kau mesti ingat manusia. HAHA. kena tipu. kucing jelah. tapi aku tetap anggap die family aku. same jugak macam pucci dengan mochi. ohh, by the way, name kucing ni TAIGA *ala, macam tiger cakap dalam bahasa jepun. sebab ayah aku kata nak jadikan die garang sampai tahap macam anjing pengawal kan, okaylah. taiga pun, taiga lah. sebenarnye ayah aku nak bagi name TIGGER. *ala, kawan PPOOH tu. tapi, aku ni kan macam obses sikit dengan jepun, *sikit jek. aku masih sayang negara tercinta ni. hee~ so, seboleh-boleh aku nak letak name ala-ala jepun kau. HAHA. same jugak macam MOCHI. kan name jepun tu. EHEHE. cume PUCCI jek name tak jepun sebab ku belum demam jepun lagi mase tu. *aku sendiri tak tau mane datang perkataan pucci tu. aku reka sendiri kot. biaselah, orang tinggi imaginasi. cehh. :D

Jadik sekarang aku ade tiga ekor meow-meow! aku lagi suke banyak-banyak!



Kau mesti ingat Mochi tu mak die kan. TAK. Mochi tu makcik die jek. Mak die Pucci tu ha. pelik kan. die makan dekat makcik die. Pucci dengan Mochi gilir-gilir jage Taiga tu. * kucing aku all-girls lah. dan pucci hanye lahirkan seekor anak jek. jadik kiranya Taiga tu anak tunggal lah. HAHA. mesti kau jarang dengar kucing lahir seekor anak kan, tapi tu lah yang terjadik. aku boleh buat apa kan? bersyukur jek. Macam HAPPY FAMILY kan mereka? wah, saya suka! saya suka!

Okay. tu jek aku nak sampaikan. lain kali kalau aku ade berita gembira lagi aku bagitahu korang. bai-bai. :)

Saturday, November 5, 2011

Kenapa Orang Nak Cita-Cita Yang Professional.

Ikut tajuk kat atas, kenapa orang nak cita-cita yang mantap. budak kecil-kecil lah selalu. bile cikgu tanye nak jadi ape bila dah besar, keluarlah ayat "Saya nak jadik doktor, cikgu." pastu,dengan muke bangge, sambil kawan-kawan die tepuk tangan. wahh~

Aku bagitahu kat sini kenapa orang nak cita-cita kerja dalam golongan professional ni.

1. Cepat Kaya
- Ni bukan kaya roti atau kaya budi bahasa tapi kaya dengan fulus lah. dah sah-sah kerja golongan professional ni gaji banyak. dah gaji banyak, fulus pun banyak lah. simple math kan. bile kau kate kat orang kau lawyer ke enginekete engineer, automatik oarang akan fikir,mesti kaya mamat ni. lagipun, siape jek yang tak nak kaya. :D

2. Macam Bangga lah kan
- Bila kita dengar orang cakap, "saya kerja jadik doktor" mesti dalam hati kita terdetik, "fuyooh, orang ni doktor. gile lah." apa kau fikir orang tu pun dalam hati, "pergh, bangge gile". berbunga-bunga mngalahkan pokok bunga. makcik-pakcik kat kampung bila dengar anak saudara sekampung kerja lawyer, berkenan die nak kenalkan kite dengan anak die. cehh-cehh.

3. Macam Cool
- Admit jelah, kerja professional ni macam cool bunyi nye. contoh perkataan LAWYER, DOKTOR. kau dengar sendiri pun macam cool jek. fuuyoh, doktor, loyar lawyer orang tu. bagi aklah bunyi macam cool, bagi korang tak tau lah. lain orang lain telinga kan. ==

Macam mane, okay? tu jelah aku dapat bagi. post merepek. lain kali aku bagi post yang masuk akal sikit. bai-bai. :)