Hey hey! hop in guys. Follow me on Blogger and Twitter ,add me on Facebook and I'll hit you back! serious! xoxo, Nemo. :))

Wednesday, June 22, 2011

Boleh Aku Hidup Ke?

Okay lah. benda macam ni selalu terjadik kat semua orang. Cerita dia start pada tarikh 18 Jun 2011. Nak tau ape jadik? meh sini aku cerita.

Ni semua pasal semua orang dah start cerita pasal nama naik ke tak masuk plkn. katanya da boleh check 18hb. aku pegi la check pada tarikh keramat tu. sebenarnya aku da start check name aku ade ke tak kat plkn dari bulan 3 dah. <----btol. tak tipu punye. jadik bile aku check die kate nama aku takde dalam senarai. aku mase nak check macam tak nervous pulak. macam-macam bende terlintas dalam kepale aku. Antaranya:

- Meow-meow aku, sape nak jage?
- Meow-meow aku, sape nak bagi makan?
- Meow-meow aku, sape nak main dgn mereka?
- Meow-meow aku, sape nak garu perut mereka?
( aku tau, semua aku fikir meow-meow aku jek. ape la. LOL. XD)

Lepas tu lepas check die kate takde. relieve la jugak. aku ni bukan taknak pergi tapi aku ni macam penakut sikit la. pasal kes-kes ade budak mati kene buli kat kem pebende lagi ntah. aku takut silap-silap aku pulak yang kene. aku tak rela. <---ayat dramatik. baca dalam intonasi yang sesuai. tapi, kalau dapat pun aku boleh buat ape kan. pegi jela. anggap cabaran, pengalaman baru dalam hidup aku. tapi kalau tak dapat pun aku lagi suka. boleh ambik lesen bawak kereta dgn motor. takde la bawak kenderaan rase bersalah jek. <---pernah pulak rase bersalah. XD

Dibuatnye cerita pulak dua hari lepas aku check plkn tu, aku mimpi aku masuk kem pebende ntah pulak. cehh. macam nak bagi aku sign jek. =='' jangan la macam ni. lepas mimpi malam tu, aku tak boleh tidur dengan aman dah tiap-tiap malam tanpa memikirkan mimpi kem tu. Tambah kes kedua, esoknye pulak aku balik, bustand penuh! kau teke lah dengan ape? aku bagitau sini, BUDAK-BUDAK PLKN! ambik kau! aku siap bold lagi. aku ape lagi, dalam pale aku dah keluar macam-macam perkara (rujuk perkara-perkara di atas). ape ni? sign kedua pulak ke? =='' dan di sepanjang penantian aku kat bustand tunggu bas (tak kan kereta api pulak) aku pusingkepala aku pegi mane-mane ade budak plkn. macam menghantui aku. T_T tambah cerita lagi kawan aku pun mimpi jugak. nak jugak die tu. die cerita kat aku yang satu kelas kiteorang pergi kem. aish. lagi satu sign. ape ni, ape ni? saje ek nak takut kan aku? nervous la aku macam ni. macam mane nak hidup aman lepas ni. batin aku terseksa. <----cehh. batin kau terseksa. macam ayat ape ntah. :DD

Kesimpulannye, tolonglah jangan nervous kan aku lagi. aku tak rela. kalau memang betul kena pegi, cakap jelah awal-awal. jangan buat aku hidup tak aman. tapi, kalau tak kene pergi, mak aku yang tak aman. "Ibu, nak ambik lesen motor dengan kereta SERENTAK." :DD

xoxo, Nemo. 

Friday, June 10, 2011

Secret Lover Aku. :DD


Kau nampak tak mamat kat atas ni? kalau tak nampak, baik kau pegi check cepat-cepat. takut nanti melarat pulok. LOL! berkenaan perkara ini, tajuk diatas dirujuk. Tengoklah dunia, aku perkenalkan lover aku yang yang selame ni aku simpan dari pandangan dunia. MATT DALLAS!

 kau tengok muke die. macam kenal tak? kalau korang tengok cite KYLE XY korang mesti knl die ni. ala, cite yang orang takde pusat tu. betol, tak tipu. tp dy takde pusat dlm cite ni jela. die normal. jgn risau. :DD

Kalau kau tengok muke die due kali, kau rase macam kau aiskrim yg dok tgh padang time musim takde air. at least tu lah yg jadik pd aku. bkn part aku jdik aiskrim, part aku cair tu. ni aku nak cite dgn lebih lanjut ni. 

AMARAN :  kalau anda geli, ini adalah masanye anda boleh brhnti bace post dn terus skip ke bwah. Thanks.

kau tengok muke die, lagi-lagi part mate. macam langit pnye kaler. baby blue pnye kaler youu! suke I you know! awww~ :DD pastu senyuman nye yg menusuk jntung pisang mak aku masak td. wah~ nasib mse aku taip post ni tgh hujan. kalau tak silap-silap aku betol-betol jadik aiskrim. cair.  LOL! begitulah gamaknye aku minat sgt dengan mamat ni. sangat-sangat suke. aww~ <3 *da mule menggedik da aku ni. skali skali I nak gedik-gedik. biarlah.  :DD

kau tak caye kau tengok balik muke die ni. pergh! macam nak buat poster letak kat bilik aku jadik wallpaper. 
aku tak tipu. betol. nanti aku mintak kat mak aku jadik hadiah besday aku. *kau rase die bagi tak? macam hampeh jek. :D tapi jimat, dari aku mintak kereta sebijik. tak pun aku mintak iphone dgn ipad serentak. kene pakej . tak dijual berasingan. mau tak pengsan parents aku. wahahahaha. *ape pnye anak la kau ni. lantok ler. mati la nak. XD

Conclusionnye hari ni, MATT DALLAS aku punye. bak kate ayat-ayat sesetengah manusie yang memang da jatuh cintan sangat dgn balak die, YOU I PUNYE! *suke kau jek kate mamat tu kau pnye. =='' aku tinggalkan korang dgn tatapan terakhir Matt Dallas! <3

xoxo, Nemo.

Thursday, June 9, 2011

Vote!

Churp Churp Academy is looking to crown the cutest thing right now! cast your vote now!

Kebenaran melibatkan Homework.

wah! cuti! siape tak suke cuti kan, kan? yang pnting aku tau aku suke. :) bile cuti yang aku tau aktiviti aku hanyelah tido, makan, internet, tv. tu la tugasan rasmi yang aku kene buat mase cuti. nak buat macam mane. duty calls. cehh. LOL!

Tapi kan ade satu bende aku tak brape kenan sangat bile cuti ni. kau tau ape? sini aku bagitau. HOMEWORK (perkara di tajuk dirujuk). bagitau aku siape jek yang suke homework? kalau kau kenal siape-siape yang suke homework meh sini aku nasihatkan dia balik ke pangkal jalan. da teruk benar da keadaan die. menentang hukum alam. haha. da la sebelum cuti tu exam. sempat la pulok cikgu-cikgu aku yang rajin seperti semut ni buat soalan homework-homework kami. *tak pe cikgu, lain kali tak payah susah-susah. kami tak pernah mintak cikgu susah-susah untuk kami.* huh~ sabor jela~

nak dibiarkan, memang da biarkan da. nak dibuat, jauh sekali. sebab ape? homework banyak melibatkan NOMBOR!! aku mane ade peminat fanatik sangat dengan nombor-nombor ni. kiteorang kawan biase jek. kami profesional. tu sebab aku takde hubungan istimewa sangat dengan nombor ni. yang aku pelik kan, takde pulak homework yang melibatkan perkataan. aku masih lagi pasrah kalau die suruh aku buat homework bm ke, bi ke, AKU PASRAH! *cehh. kalah Erra Fazira.* tapi ni suruh aku buat homework addmath, mathematics, cuti sebulan, setahun pun aku tak buat. LOL! *betol. tak tipu. cube kau challenge aku.*

walau macam mane pun, takdir itu telah ditentukan. aku tetap KENA buat homework tu. tapi aku memilih untuk tak membuat nye kerana terpengaruh dengan ayat drama selalu " keputusan ditangan anda". *cite ape, aku tak tau, sebab drama dah bnyk kali recycle ayat.* disebabkan homework KENA buat, dan aku memilih untuk tak buat, maka aku tengah dok memikir ayat ape nak klentong cikgu aku ni. <----- cehh. mane ade. aku "pelajar harapan" tau. LOL!

Aku tetap rase homework tu tak perlu time cuti sekolah. 
Bukan cikgu tu tak tau budak-budak tu semua tak kan buat punye. HAHA. :DD
Adios bebehh! 
xoxo, Nemo.