Hey hey! hop in guys. Follow me on Blogger and Twitter ,add me on Facebook and I'll hit you back! serious! xoxo, Nemo. :))

Thursday, February 9, 2012

Tagline Single Yang Masuk Akal

Salam buat insan2 yang baca post ni. Aku respect dengan korang yang bukan sahaja membace post ni malah bukak blog ni. trimas banyak2.

Hari ni aku nak cerita pasal kelebihan hidup kalau kau single. Ni post untuk orang single, well sebab aku tak couple punye orang lah kan. kalau kau couple kau carik post lain. :)

Ada banyak sebenarnye kelebihan dan kekurangan bersingle daripada bercouple. Dalam pemerhatian dan pengalaman aku sendiri pun, aku lebih rela stay single. memang lah orang cakap forever alone (==), kadang2 jealous dengan orang yang bercouple segale dan perasaan nak ade orang sayang kite. tapi aku tak kisah. Alone aku bukan forever (aku boring aku call orang lain ajak hangout, ape susah), jealous aku diatasi dengan rasionaliti aku dan family dan kawan2 aku ade untuk sayang aku. problem fixed!



so, long story short, aku list kan kenape aku rase single tu lagi seronok daripade couple dalam bentuk Tagline <-- baru catchy :

1.  TAGLINE #1 (FAVOURITE) - SINGLE ITU MENJIMATKAN. - okay, kau terima jelah kenyataan kan, single tu memang menentukan ape yang korang makan mase hujung bulan nanti. sama ada nasik lauk best, atau megi jual kat kedai runcit depan rumah. 

2. TAGLINE #2 - SINGLE ITU BEBAS. - kalau kau single, kaum boleh lepak dengan kawan2 kau, usha mamat hensem (dengan kaedah tertentu) tanpa terikat dengan sebarang perasaan bersalah yang menghantui diri.

3. TAGLINE #3 - SINGLE ITU STABIL. - kau single dan stabil dari segi emosi. pernah dengar ke orang bunuh diri sebab die forever alone? memang ade, tapi sikit sangat dibandingkan dengan orang yang mati bunuh diri sebab putus cinte lah, cemburu lah, macam2.

4. TAGLINE #4 - SINGLE MENGELAKKAN PERTAMBAHAN DOSA. - aku taknak lah sentuh bab dosa pahala segala tapi kalau kau belajar kat sekolah matapelajaran pendidikan Islam, kau tau lah ape maknenya kan. kalau kau tak ingat kau tanye adik2 darjah 2,3,4 hukum nye, tapi jangan melenting bila dah tau. :)

5. TAGLINE #5 - SINGLE MENURUNKAN KADAR KEMATIAN. - bace surat khabar hari tu, "lelaki dibunuh kerana merampas tunang orang lain". kalau kau stay single takde lah orang nak bunuh kau sebab ambik tunang die. kadar jenayah membunuh pun kurang. orang buat post mortem pun kurang kerja. negara pun maju. <----- patriotik punye orang.

6. TAGLINE #6 - SINGLE ITU SENANG. - kau tak payah jage perasaan bf/gf kau jek memanjang. yang penting kau happy. kalau kau happy, dunia kau pun happy. who are others to ruin it?

7. TAGLINE #7 - SINGLE ITU KURANG MEMBEBANKAN. - kau takde tanggungjawab selain kepada agama, keluarga dan negara tercinta. tu wajib tu. sikit jek nak jage. kalau kau lelaki mesti kena protect gf kau kan, dah bertambah jadik empat benda <---- tu pun kalau gf die tak banyak songeh. kalau kau single tiga benda jek kena jaga. empat dengan tiga mane lagi kecik?

8. TAGLINE #8 - SINGLE ITU AWESOME. - bace semua tagline atas, dan itu adalah summary bagi tagline #8 ni.  bagi aku, single tu bermaksud kaye, suka hati kau nak buat ape, tak gila, tak buat dosa kering,  kebarangkalian masuk jail kurang, kau happy, kau ade sikit benda jek nak jage dalam hidup. kan ke awesome tu?

walau ape pun, setiap orang tetap nak pasangan dalam hidup kan. tu aku pun tak nafikan. tu memang hukum alam. tapi, bagi aku, kalau belum sampai masenye nak couple misalnye kau belajar darjah 6 dah ade bf/gf maknenye macam terlalu awal lah kan. bagi aku lah, jangan terase pulak, aku tak mengate kau lah. sebab selalunye mesti berakhir dengan "you get yourself hurt in the end". kan tak best tu. kau couple lagi lambat lagi bagus sebab bile kau dah start couple kau dah faham realiti hidup yang sebenar. kau dah pandai jaga diri sendiri.



okay, aku stop dulu post ni dan meneruskan hidup yang single dan awesome ni. :) semoga anda terhibur dengan paparan yang kami sajikan. sehingga berjumpa lagi pada masa akan datang. salam. peace, out.

No comments:

Post a Comment

rasa nak cakap