Surat tawaran temuduga beb. Kau tengoklah. Fakulti PENDIDIKAN kot. XD |
Okay, kesabaran dan masa depan punya pasal, aku tunggu dengan penuh kesabaran. Disebabkan aku takde geng yang ambik tesl jugak, kawan aku masa tunggu nak ujian bertulis tu adalah tiang. *okay, forever alone.* Nasib depan aku ada tercongok sorang mamat hensem. *hensem ke? lantaklah, aku dah penat. semua nampak hensem.* Okay, lupakan cerita mamat hensem Nemo. *gatai betul mung ni.* Kau bayangkan sejam lebih tunggu. dengan tahap darjah celcius yang tinggi tanpa kehadiran angin sepai-sepai bahasa. Boleh mati kering aku kat situ. Tanpa aku duga ada sorang budak datang tegur aku. Mula-mula aku tak cam muka dia, dia yang cam muka aku. *apa punya kawan lah kau ni* At last, aku ada geng. *Bye bye tiang* :*
Aku terus skip part ujian bertulis. Ada dua jenis. Objective dengan essay. Objective dia bagi karangan panjang-panjang pastu dia tanya soalan. Similar soalan SPM lah. Essay dia suruh buat pendek je. 250 patah perkataan. Aku dapat soalan "benefits of social networks". Tengok soalan macam terkedu. Aku bukan tak tau buat cuma aku dah lama tak buat essay. Mana tak terkedu woii. Aku buat tiga isi jek. Lantaklah jahh oii. Dari aku tak buat. (=..=) Masa bagi satu jam jek. Aku siap awal sangat kot sampai rasa nak tidur. Bukan terer tapi terror. Mati lah aku.
One hour's up and going to the interview room to meet the panel. Aku kena panel 2. Eh, seronok kena giliran 15. Sekali lagi, aku mati kering. *kau kira lah aku mati kering dah berapa kali dah* Nasib tak kena panel 1. lagi terus jadik debu kot kalau kena. Slow macam line maxis home Meera. <----- credit to Nur Ameerah Che Ahmad Tantowi. Sementara tunggu nama kena panggil, aku call mak aku, *btw, dia tunggu kat bawah. aku interview kat tingkat 3* kau tau dia buat apa? dia makan ice cream. sampai hati~ aku mati kering kat atas. ToT takpe takpe Nemo. Demi masa depan. Fuhh, cool down. Yang aku pelik satu, aku tak nervous. Mungkin penyakit takde perasaan aku dah masuk stage tinggi kot. Sampai masuk bilik panel, aku masih tak rasa nak tercabut jantung. Kenapa??
Dalam bilik panel, aku rasa macam dalam drama pulak. Terbayang scene Marshall interview kerja dalam How I Met Your Mother. Btw, dia ada tanya favorite tv show aku, aku jawab How I Met Your Mother. What?? Kipas-susah-mati lah nak katakan. Dia tanya latar belakang keluarga aku, aku jawab nama aku, parents aku kerja apa, aku sekolah kat mana. Aku mati akal. Takkan nak cerita sedar mara pulak kan. Lagi dia tanya current issues and kau suka buat apa kalau ada masa lapang. Aku jawap baca buku. Tang, nah ambik kau dia tanya apa buku latest kau baca. Takkan aku nak cakap online manga pulak. Aku cakap lah The Last Song by Nicholas Spark. The catch, aku baca buku tu tahun lepas. Hua hua hua.
Then aku save best two questions for last, kakak panel *aku panggil kakak panel cos she's so damn admirable. oh yeah, and she's young* tanya soalan cepukmas pertama : Why do you want to become a teacher? - aku jawap : Because teaching gave me a sort of satisfaction that I've contribute something to the future of society. Trang tang tang. Ayat spontan aku yang aku sendiri tak percaya. *tepuk tangan laju laju* Soalan cepukmas kedua: Why do you love English? Aku jawap: Because I want to teach people, Malays especially not to afraid English just because it isn't our language. Trang tang tang kentang. Ayat spontan kedua yang memang aku sendiri tak percaya *sekali lagi, tepuk tangan laju laju* Note: Semua ayat jawapan aku adalah SUPER SPONTAN. terima kasih.
Interview tu macam kejap je aku rasa.Tak tau lah perasaan aku ke hape. Tapi serious sekejap. Habis interview aku pun berlari pulang bagai kanak kanak berlari pulang ke rumah dengan gembira. Demikianlah pengalaman saya ketika ditemuduga. Saya berharap saya dapat interview tu supaya saya dapat jumpa lagi kakak panel hensem tadi. <---- ayat karangan darjah 3. Gila panjang post aku. Paling panjang setakat ni. Terima kasih. Bila aku rajin aku update lagi. Out peeps. Assalamualaikum. :)
No comments:
Post a Comment
rasa nak cakap